Kalau kita carik sepasang kasut..mesti nak yang taste kita kan. Kalau carik dengan kawan yang satu kepala ngan kita..oh bestnya ! Nak carik kasut pon banyak betul cerewetnya...ye lah, nak pakai,bukan nak buang (bak kata ayah saya lah). Benda yang kita nak guna lama dan penting mesti la kita carik yang terbaik. But kadang2 cariknya ikut bajet yg kita ada jugak kan. Tengok function jugak..katakan nak cari kasut ke dinner..hurm..sandal biasa je ke? Terpulang pada individu..pastu fikir lagi...sesuai tak yang nak bwak pegi dinner tu masa santai2 kuar jalan2 ngn member? Hurm..banyak nak kena fikir dan pilih hanya untuk sepasang KASUT je pon. Bagaimana nak memilih pasangan..hurm..tak ada niat untuk bercakap pasal jodoh or whatsoever..tapi kalau nak memilih kawan pon kadang2 pilih la yang baik. Takut kang terpengaruh. But berkawan dengan ramai jenis perangai sangat banyak untung sebab kita lebih banyak mengenali sifat manusia tu. Kalau berkawan dengan yang pangai baik satu jenis je, bila kita nak faham kelompok manusia yang lain. Tak sempit ke fikiran tu. Saya ada baca, sahabat nabi, tak ingat nama sahabat tu...budi pekertinya sangat baik dan dipuji oleh ramai orang dan ada sahabat bertanya bagaimana dia belajar semua itu. Balasnya ialah dengan belajar daripada memerhati tingkah laku manusia. Maksudnya di sini, dengan memerhati yg tidaklah baik mana itu boleh memberi kesedaran kepada kita dan dapat mencerminkan diri kita. Terpulang sejauh mana kita berfikir. Dalam al-quran sendiri pon banyak ayat yang menegaskan "adakah kamu berfikir?" Berfikirlah...kerana manusia sehebat-hebat ciptaanNya. Setiap kemahuan yang kita ingin turuti dalam dunia ni, x kesah lah apa pun..nak beli kereta mahal ke, umah besar ke, nak belajar kat overC ke, nak sambung PhD ke..nak kahwen dengan awek cantik halus mulus, nak suami alim tau agama serba serbi kerja pangkat tinggi dan hensem (erk?) tengoklah balik dan cermin lah diri dengan keselarasan kemahuan itu. Katakan niat nak sambung belajar ke overseas, duit cmna? Keluarga pulak? Berfikirlah...kalau rasa tak mampu dan nak jugak, usahakan. Sama jugak kalau cakap pasal jodoh. Ye, semua di tangan Allah. Ramai lelaki mesti dan kebanyakan nak memilih calon isteri yang 1. Cantik 2. Solehah (tau agama, tutup aurat penuh) 3. Tahu memasak 4. Sopan santun, budi bahasa 5. Dan banyak lagi. TETAPI! Sedarkah wahai kaum muslimin yang meletakkan keinginan kamu itu sudahkah cerminkan diri anda? Nak serba serbi lengkap, tapi wahai muslimin, anda sudah layak untuk menjadi imam dalam keluarga nanti? Ke jadi imam pon tak pernah ? O o...rasa boleh ke pimpin keluarga ke nak bini kamu yang ajar serba serbi agama? Saya selalu tanamkan satu ayat ni dalam diri saya setiap kali saya meletakkan satu kriteria yang tinggi dalam memilih pasangan : Nak Mohon Pasangan yg Soleh, Adakah Aku Cukup Solehah untuk Itu? Jadilah Wanita yang Baik sehingga Diinginkan oleh Lelaki yang Baik. Selalu sangat saya ingat benda ni setiap kali cakap pasal jodoh. Almaklum, dah ramai menanya bila nak kahwen..jadi terfikir lah benda ni.. Memang always saya ingat dan sentiasa rendah diri akan kelemahan dan kekurangan dalam diri. SETIAP manusia itu pasti menyimpan kelemahan dan kekurangannya..kalau kita dah nampak segala kekurangan tu...apa? Tak boleh terima? No no no..! Seorang kamu membenci, akan ada 10 orang lagi yg sedang membenci kamu! Ingat tu. HELLO! NOBODY IS PERFECT! Remember! Saya pasti dalam berkawan pun mesti ada kita tak suka kat kawan tu kan sebab kelemahan2 yg kita tak boleh terima dan tak boleh stay lama dengan sifat tu. Akui kelemahan diri jugak! Plis! Jangan cepat nak membenci! Berkata sesuatu yg buruk mengenai saudara Islam berdosa, bahkan berfikir yg buruk mengenainya juga sudah berdosa! Jadi, peringatan utk diri sendiri jg pertama sekali akui kelemahan dan kekurangan diri dan terima kelemahan dan kekurangan org lain. Dalam masa yg sama, perbaiki kelemahan sekiranya mampu kerana kita ni nak ubah semua jadi perfect dan puaskan hati semua orang memang tak mampu! Nak perfect, itu bukan aku!
No comments:
Post a Comment