31 Jan 2013

Kenapa perlu ikhlas?

Pernah buat kerja kerana terpaksa kan? Saya pun! Bila buat dalam keadaan terpaksa, apa jadi pada kerja tu? Mesti la tak bersungguh-sungguh..orang kata macam sekadar nak melepaskan tanggungjawab dan takut kena marah? Orang dulu kata melepaskan batuk di tangga.

Hmmm..sebenarnya ikhlas ni sangat susah nak dilihat... Kita sendiri yang merasa kemanisan perbuatan itu. Kalau kena kutuk pun, kita redha, kena puji pun x kembang hidung..sebab kita iklas. Dulu saya geram dan tak berapa suka bila mak saya suruh saya ajar budak-budak mengaji quran..memang saya tak suka sebab saya terpaksa menjadi kecil depan orang-orang dewasa yang diajar oleh mak saya...saya rasa macam diorang memperlekehkan saya dalam ilmu saya (-ve thinking kaunselor pon). Memang la saya pun tak berapa pandai mana nak ajar hukum hakam, tapi sekurang-kurangnya saya tahu basic hukum...memadai kepada siapa saya mengajar..budak2 yang baca surah kecik..yang belum lagi khatam. Kalau dah khatam mak takkan bagi saya ajar. Dulu bila tiba masa jam 2 ptg, saya rasa eee...malasnya! Saya tak suka ajar mengaji...tak suka! Sampai la beberapa bulan...saya rasa bosan hidup macam ni. Kemudian saya cari keseronokan dalam mengajar, saya masukkan elemen2 motivasi..bukan motibasi ye...hmm..mungkin saya dah bersikap lain atau berfikiran lain selepas berpraktikum? Entah.

Saya tak suka sebab saya tengok budak2 datang mengaji pun tak da semangat, datang pun sebab kena paksa dengan mak diorang. Bila suruh baca, lembik, lemau..bila ditegur lagi lemau..tak semangat! Budak2 ni comel sangat kalau kita melayan kecomelan diorang tu time mengaji...ada yang pelat nak sebut (sebab gigi gongak) hehe...bila dia x ingat atau tak reti,dia takut nak sebut, takut saya marah. Kadang2 saya tergelak bila tengok budak2 macam tu. Alahai..comelnya. Yang datang tak semangat tu, bila suruh ulang sekali lagi, macam ular kena palu! Liat!

Saya pun konon nya bagi semangat, "oke, kali ni cuba baca betul2, kalau baca dengan baik, akak x suruh Balqis ulang" semangat berkobar2 lepas tu. Biasa ulang 3x je, ni mintak 4x...mak aii..udah2 ler Balqis, bagi orang lain pulak baca...akak pun dah tak larat ni ha. Lepas tu tau apa jadi? Siap cakap lagi.."kak, esok kita baca 4x". "oke2..esok datang". See? Kalau ikhlas, kita seronok, kalau tak iklas, hmmm..kita pun menyampah. Lepas tu konon ugut sikit kat adik yang baru nk kenal alif ba ta tu..ugut "balik umah ni...cuba belek2 semula yang tadi, esk kalau akak tanya xleh jawab, siap la!". Tau apa jadi esk? Hmm..dia ingat! Tak tanya la pulak "mu bukok dop quran maring?" hehe. Means kalau kita semangat..semangat tu jugak akan mengalir pada org yang diberi semangat tu. Lihat lah sifat iklas yang Allah anugerah kan..tak semua tahu betapa manisnya keiklasan itu sebab tak ramai cuba, mungkin?

No comments:

Post a Comment