4 Feb 2013

Itu Bukan Aku

Kalau kita carik sepasang kasut..mesti nak yang taste kita kan. Kalau carik dengan kawan yang satu kepala ngan kita..oh bestnya ! Nak carik kasut pon banyak betul cerewetnya...ye lah, nak pakai,bukan nak buang (bak kata ayah saya lah). Benda yang kita nak guna lama dan penting mesti la kita carik yang terbaik. But kadang2 cariknya ikut bajet yg kita ada jugak kan. Tengok function jugak..katakan nak cari kasut ke dinner..hurm..sandal biasa je ke? Terpulang pada individu..pastu fikir lagi...sesuai tak yang nak bwak pegi dinner tu masa santai2 kuar jalan2 ngn member? Hurm..banyak nak kena fikir dan pilih hanya untuk sepasang KASUT je pon. Bagaimana nak memilih pasangan..hurm..tak ada niat untuk bercakap pasal jodoh or whatsoever..tapi kalau nak memilih kawan pon kadang2 pilih la yang baik. Takut kang terpengaruh. But berkawan dengan ramai jenis perangai sangat banyak untung sebab kita lebih banyak mengenali sifat manusia tu. Kalau berkawan dengan yang pangai baik satu jenis je, bila kita nak faham kelompok manusia yang lain. Tak sempit ke fikiran tu. Saya ada baca, sahabat nabi, tak ingat nama sahabat tu...budi pekertinya sangat baik dan dipuji oleh ramai orang dan ada sahabat bertanya bagaimana dia belajar semua itu. Balasnya ialah dengan belajar daripada memerhati tingkah laku manusia. Maksudnya di sini, dengan memerhati yg tidaklah baik mana itu boleh memberi kesedaran kepada kita dan dapat mencerminkan diri kita. Terpulang sejauh mana kita berfikir. Dalam al-quran sendiri pon banyak ayat yang menegaskan "adakah kamu berfikir?" Berfikirlah...kerana manusia sehebat-hebat ciptaanNya. Setiap kemahuan yang kita ingin turuti dalam dunia ni, x kesah lah apa pun..nak beli kereta mahal ke, umah besar ke, nak belajar kat overC ke, nak sambung PhD ke..nak kahwen dengan awek cantik halus mulus, nak suami alim tau agama serba serbi kerja pangkat tinggi dan hensem (erk?) tengoklah balik dan cermin lah diri dengan keselarasan kemahuan itu. Katakan niat nak sambung belajar ke overseas, duit cmna? Keluarga pulak? Berfikirlah...kalau rasa tak mampu dan nak jugak, usahakan. Sama jugak kalau cakap pasal jodoh. Ye, semua di tangan Allah. Ramai lelaki mesti dan kebanyakan nak memilih calon isteri yang 1. Cantik 2. Solehah (tau agama, tutup aurat penuh) 3. Tahu memasak 4. Sopan santun, budi bahasa 5. Dan banyak lagi. TETAPI! Sedarkah wahai kaum muslimin yang meletakkan keinginan kamu itu sudahkah cerminkan diri anda? Nak serba serbi lengkap, tapi wahai muslimin, anda sudah layak untuk menjadi imam dalam keluarga nanti? Ke jadi imam pon tak pernah ? O o...rasa boleh ke pimpin keluarga ke nak bini kamu yang ajar serba serbi agama? Saya selalu tanamkan satu ayat ni dalam diri saya setiap kali saya meletakkan satu kriteria yang tinggi dalam memilih pasangan : Nak Mohon Pasangan yg Soleh, Adakah Aku Cukup Solehah untuk Itu? Jadilah Wanita yang Baik sehingga Diinginkan oleh Lelaki yang Baik. Selalu sangat saya ingat benda ni setiap kali cakap pasal jodoh. Almaklum, dah ramai menanya bila nak kahwen..jadi terfikir lah benda ni.. Memang always saya ingat dan sentiasa rendah diri akan kelemahan dan kekurangan dalam diri. SETIAP manusia itu pasti menyimpan kelemahan dan kekurangannya..kalau kita dah nampak segala kekurangan tu...apa? Tak boleh terima? No no no..! Seorang kamu membenci, akan ada 10 orang lagi yg sedang membenci kamu! Ingat tu. HELLO! NOBODY IS PERFECT! Remember! Saya pasti dalam berkawan pun mesti ada kita tak suka kat kawan tu kan sebab kelemahan2 yg kita tak boleh terima dan tak boleh stay lama dengan sifat tu. Akui kelemahan diri jugak! Plis! Jangan cepat nak membenci! Berkata sesuatu yg buruk mengenai saudara Islam berdosa, bahkan berfikir yg buruk mengenainya juga sudah berdosa! Jadi, peringatan utk diri sendiri jg pertama sekali akui kelemahan dan kekurangan diri dan terima kelemahan dan kekurangan org lain. Dalam masa yg sama, perbaiki kelemahan sekiranya mampu kerana kita ni nak ubah semua jadi perfect dan puaskan hati semua orang memang tak mampu! Nak perfect, itu bukan aku!

31 Jan 2013

Kenapa perlu ikhlas?

Pernah buat kerja kerana terpaksa kan? Saya pun! Bila buat dalam keadaan terpaksa, apa jadi pada kerja tu? Mesti la tak bersungguh-sungguh..orang kata macam sekadar nak melepaskan tanggungjawab dan takut kena marah? Orang dulu kata melepaskan batuk di tangga.

Hmmm..sebenarnya ikhlas ni sangat susah nak dilihat... Kita sendiri yang merasa kemanisan perbuatan itu. Kalau kena kutuk pun, kita redha, kena puji pun x kembang hidung..sebab kita iklas. Dulu saya geram dan tak berapa suka bila mak saya suruh saya ajar budak-budak mengaji quran..memang saya tak suka sebab saya terpaksa menjadi kecil depan orang-orang dewasa yang diajar oleh mak saya...saya rasa macam diorang memperlekehkan saya dalam ilmu saya (-ve thinking kaunselor pon). Memang la saya pun tak berapa pandai mana nak ajar hukum hakam, tapi sekurang-kurangnya saya tahu basic hukum...memadai kepada siapa saya mengajar..budak2 yang baca surah kecik..yang belum lagi khatam. Kalau dah khatam mak takkan bagi saya ajar. Dulu bila tiba masa jam 2 ptg, saya rasa eee...malasnya! Saya tak suka ajar mengaji...tak suka! Sampai la beberapa bulan...saya rasa bosan hidup macam ni. Kemudian saya cari keseronokan dalam mengajar, saya masukkan elemen2 motivasi..bukan motibasi ye...hmm..mungkin saya dah bersikap lain atau berfikiran lain selepas berpraktikum? Entah.

Saya tak suka sebab saya tengok budak2 datang mengaji pun tak da semangat, datang pun sebab kena paksa dengan mak diorang. Bila suruh baca, lembik, lemau..bila ditegur lagi lemau..tak semangat! Budak2 ni comel sangat kalau kita melayan kecomelan diorang tu time mengaji...ada yang pelat nak sebut (sebab gigi gongak) hehe...bila dia x ingat atau tak reti,dia takut nak sebut, takut saya marah. Kadang2 saya tergelak bila tengok budak2 macam tu. Alahai..comelnya. Yang datang tak semangat tu, bila suruh ulang sekali lagi, macam ular kena palu! Liat!

Saya pun konon nya bagi semangat, "oke, kali ni cuba baca betul2, kalau baca dengan baik, akak x suruh Balqis ulang" semangat berkobar2 lepas tu. Biasa ulang 3x je, ni mintak 4x...mak aii..udah2 ler Balqis, bagi orang lain pulak baca...akak pun dah tak larat ni ha. Lepas tu tau apa jadi? Siap cakap lagi.."kak, esok kita baca 4x". "oke2..esok datang". See? Kalau ikhlas, kita seronok, kalau tak iklas, hmmm..kita pun menyampah. Lepas tu konon ugut sikit kat adik yang baru nk kenal alif ba ta tu..ugut "balik umah ni...cuba belek2 semula yang tadi, esk kalau akak tanya xleh jawab, siap la!". Tau apa jadi esk? Hmm..dia ingat! Tak tanya la pulak "mu bukok dop quran maring?" hehe. Means kalau kita semangat..semangat tu jugak akan mengalir pada org yang diberi semangat tu. Lihat lah sifat iklas yang Allah anugerah kan..tak semua tahu betapa manisnya keiklasan itu sebab tak ramai cuba, mungkin?

4 Jan 2013

MaaF

ya Allah,,tabahkan hati hambaMu,,semoga kami sentiasa dalam redhaMu..berikan yg terbaik untuk kami..ya Allah,,
Yakin kan lah apa yang aku buat ni betul ya Allah...bantu lah aku..tiada tempat lain utk aku mengadu dan berlindung,,sesungguhnya kepada Mu aku serahkan segala-galanya. Didik lah hati aku supaya sentiasa mengingati Mu dan dekatkan lah diri ku kepada Mu..aku buntu ya Allah..tunjukilah jalan yg benar ya Allah.....aamiiinn.

Jika diizinNya

Sehebat mana pun perancangan kita..sia2 kalau Allah x izinkan. Tapi x bermakna kita kena berputus asa.
Setinggi mana pun angan-angan dan kemahuan kita, tanpa izinNya ia akan musnah,,bukan bermaksud kita harus berhenti berangan..kerana cita-cita tidak kesampaian tanpa angan-angan. Cuma,usaha lah yang terbaik selagi mampu dan bertawakkal lah padaNya..inshaaAllah kejayaan milik mu. Andai kata kemahuan mu tidak dimakbulkanNya lagi, ingat lah,,ad jawapan di sebalik itu,,mungkin harus cermin dlu mana salah dan silap di setiap permintaan itu dan adakah selari dengan kemampuan kita untuk menghadapi apa yang dimahukannya. 

**peringatan tulus untuk diri sendiri. Mahu buka lembaran baru. InshaaAllah.

Yes!

Pertama sekali syukur alhamdulillah sebab dh tau keputusan praktikum. Alhamdulillah walaupun x secemerlang orang lain, sekurang-kurangnya saya tahu saya layak mendapat 'itu'. Ramai org x percaya,tapi bak kata pensyarah penyelia saya-- sekurang-kurangnya awak tahu awk berada di tahap yang mana berbanding mereka yg dpt markah sebab kesian...ye...ini rezeki saya,saya bersyukur.
Aaa..sebenarnya..sy bgtau sy suka sgt2 saat ni sbb ada org tu..org yg sy nk kenal sebab suka pd post2 islamiknya..tiba2 tegur den..fuhh. mimpi ke ni? suka! ngeee..
** encik..tegur lg blh x lps ni? weee..gatal! :-P

2 Dec 2012

Psstt..sini-sini!

Ha kan...kalau dah ada masa nak update blog tu...ada aje benda nak dikongsi. Kali ni nak kongsi pasal satu buku yang sangat famous dan agak popular. Bagi mereka yang suka membaca dan sering berkunjung ke kedai buku (aku la tu...berkunjung je,belinya idak) buku nukilan Stephen R. Covey sangat laris dan sudah banyak jenis buku dah dikeluarkannya yang berbentuk motivasi dan in personal change. Sangat bagus untuk dibaca kepada mereka yang tercari-carikan buku yang memberikan pandangan yang sangat meluas. Cek pon tak abes baca lagi jang oii..tapi baca yang depan-depan tu pun dah banyak bagi 'Ahha'..mungkin bila dah abis baca jadi 'Ahhu' mana la tau kan. Hehe. Ala..cek bukan kelahiran omputih pon..tapi setakat nak baca dan paham tu boleh la sikit-sikit. Dulu kata mak masukkan hang tadika sejak umo 3 tahun..takkan tak leh baca kot? Cuba la baca yang omputih ni tulis..lain dr ommlayu yang tulis..tapi sama-sama hebat. Arasso? Tajuk yang cek baca sekrang ni bertajuk 'The 7 Habits Highly Effective People'.

Hey Cuti! Aku nak buat apa dengan kau ni!

I got so bored when the times semester holiday is coming for too long.
For this last second semester...the semester break coming nearly 4 month which is after the practicum period last October. Of course I get a very lovable times with my precious family. But being a 'goyang kaki' is not a wonderful job to me. Even though I could do the house-cleaning job..but it also coming with a 'bosan' word. Bosan! Someone please help me out from this Bosan World!
Mesti korang sume cakap "kerja lah..at least dapat duit"
Ye..memang la..tp keje apa yang boleh cuti sesuka hati ha? Ni ha..10hb nk kena pegi kampus..siapkan tesis.
Takkan keje tak smpai sebulan pastu nk berhenti kejap..kena penampo ak dgn bos agknya. Pastu my mom suruh tolong dia ajar budak2 mengaji quran. Memang la satu kerja yang mulia..but I need pocket money to survive..nak jugak beli tu beli ni. Tak boleh la nak harapka income daripada ajar mengaji budak2 tu...mmg tak de la kan. Tak mau la asyik mintak je kt PAMA. Kalau ada income sendiri sedaplah beli tu beli ni..kalau tak pikir panjang nak beli something yang mahal. Sebab tu best kalau dah start belajar..duit PTPTN pon masuuk...tak de masalah.hehehe. Kalau tak tolong..kesian pulak tengok..ramai sangat yang datang mengaji..tenaga kerjanya sorang je..sebab tu ambik keputusan untuk tolong mak je...biar la...bila lagi nak tolong...abah pulak bukan senang nak bagi kerja kat luar. Tapi selain mengajo tu...apa lagi yang aku kena buat ni?? Uhh...sekarang ni lepas tolong mak  mengajo..p jogging ngan kak long...tu je rutin harian selain makan dan tdo...bosan kan?