10 Nov 2012

Dah abis bergelar kaunselor pelatih!

Hmm...dh 3 minggu i think dh abis praktikal.
Sedih, happy, kecewa..semua ada. Ingat lagi masa mula2 masuk sekolah untuk jadi cikgu pelatih..masa tu nebes sgt! Macam2 pikir..nak2 kat tempat orang...
Tapi sekarang, rasa bukan lebih pada happy, tapi sedih sebab dah 4 bulan kat situ, banyak kenangan yang ditinggalkan. Tak sangka 4 bulan sangat sekejap. Walau banyak benda kami kena harungi, bagi saya satu pengalaman baru dan takkan saya lupakan sampai bila2.
Seminggu lepas praktikal, saya masih terbayangkan bilik kaunseling tempat saya bekerja, tempat saya berjumpa pelajar2 saya...walau saya akui saya bukan kaunselor hebat yang baik. Kenapa ya? Walhal dulu, bukan main takut lagi...tambahan ada banyak kekangan yang saya hadapi. Tapi makin lama makin saya seronok sebab dapat dengar masalah pelajar saya. Pensyarah saya pernah berkata, walau kita tidak mampu nak selesaikan masalah pelajar, tapi kita telah mampu untuk mendengar keluh-kesahnya. Saya sentiasa berharap setiap masalah pelajar saya, saya dapat bantu mereka.
Saya rindukan sangat tempat tu. Meja yang saya guna untuk bekerja, bilik yang sering saya gunakan untuk jumpa pelajar. Saya rindukan mereka.
Masa perkhidmatan terakhir saya, saya rasa saya keluar dengan tidak tepat pada masa. Banyak isu yang saya belum sempat selesaikan dan yang paling saya terkedu, sehari sebelum saya keluar, ada dua orang pelajar mintak untuk dikaunselingkan. Saya terpaksa cakap, "sorry dear, I can't because esok saya last dekat sini and sekarang saya terpaksa uruskan beberapa perkara sebelum keluar..." Tapi saya nasihatkan dia untuk berjumpa dengan kaunselor tetap kat situ. Tapi nampak raut wajah mereka macam tak nak buat sesi dengan kaunselor kat situ. Don't know why..tapi mungkin saya tahu kenapa.
Saya rindukan rumah sewa...pekan Bidor...kawan2 praktikal yang lain...sapaan dari pelajar..oh ya!
Masa saya kat bilik kaunseling, mesti saya akan dengar pelajar panggil- "Cikgu! Cikgu!" And then saya akan jawab "Ye.." walaupun masa tu sangat penat and tengah buat kerja. Mereka akan sentiasa sapa kami...mana tak nya saya rindukan sekolah tu..!
Banyak benda saya kena tempuh masa kat sekolah tu. Hingga pada satu tahap, saya hiraukan semua tu dan fokus pada kerja saya. Benda yang saya rasa tak salah dan tidak melanggar peraturan, saya akan teruskan walaupun ada cikgu yang bising-bising. Biasalah, guru pelatih..nak-nak kaunselor pulak. Pekakkan aje telinga selagi u buat benda yang betul dan tak melanggar profesion!
SMK Bidor..- I Miss You!

2 comments: