9 Nov 2011
Warna dan Personaliti
Ahha! Apakah warna kegemaran anda? Kadang-kadang warna mempunyai hubungkait dengan personaliti kita dan mampu mempengaruhi mood seseorang itu berdasarkan warna. Sebagai contoh, warna baju sering memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana mengikut perasaan. Bahkan, warna dapat mengubah rasa dan mempengaruhi persekitaran seseorang. Kuasa warna juga secara tidak langsung menonjolkan ragam seseorang selain pilihan yang dibuat menunjukkan personaliti diri yang dikatakan akan mempengaruhi warna dan mood pemakai. Secara tidak langsung, warna pakaian seseorang melambangkan personaliti. Misalnya, wanita yang mengenakan pakaian merah akan kelihatan berani, merah dan cergas.
Perkaitan antara warna dan personaliti adalah seperti di bawah:
Ia merupakan kajian yang dilakukan oleh pakar jiwa, perubatan dan pakar psikologi bagi mendapatkan ketepatan maklumat mengenai personaliti manusia melalui pemilihan warnanya.
Biru muda : Pengasih dan penyayang
Biru tua : Rajin dan penuh dedikasi
Oren : Bersemangat dan berkomited
Kuning : Ceria dan sentiasa bersangka baik
Hijau : Tenang dan tidak banyak kerenah
Merah : Berani dan emosional
Ungu : Kejayaan dan sikap positif
Hitam : Rasmi, serius dan hiba
Coklat : Matang dan bertanggungjawab
Putih : Bersih dan amanah
Sebenarnya, aura warna juga dikatakan berkait dengan tarikh lahir seseorang. Jika nak tahu lebih lanjut, sila search menggunakan enjin google. Pasti banyak pilihan yang anda dapat!
Labels:
Informasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment