20 Sept 2011

Jauh Perjalanan...Luas Pemikiran

Memang patut lah Dato' A. Samad Said seorang sasterawan negara yang hebat, kerana beliau banyak menjelajah! Walaupun beliau hanya duduk-duduk di Puduraya, stesen bas, atau di mana-mana sahaja, banyak yang beliau dapat perhatikan. Bukannya duduk 2-3 minit sahaja tuan-tuan dan puan-puan, tapi adakalanya berjam-jam kerana ingin melihat reaksi manusia di bumi ini.
Pernahkan kita begitu? Buang masa ya?
Pengalaman saya 2,3 hari yang lepas ke satu tempat yang terkenal dengan tempat percutian yang menarik, (merahsiakan nama tempat) walaupun tidak duduk berjam-jam seperti Dato' A. Samad Said, tapi banyak perkara yang saya dapat fikirkan.

Semasa dalam bas
Kalau anda pernah menggunakan perkhidmatan bas, jenis orang yang macam mana yang anda pernah lihat?
Kalau anda first time melihat seseorang itu, apa yang anda perhatikan dulu? PENAMPILAN! Maaacam-macam jenis cara penampilan yang saya jumpa yang membuatkan saya terfikir (1) orang sini ke, (2) nak pergi mana, (3) boleh speak malay? (3) apa kerja diorang? (4) cara hidup diorang camna eh? (5) kenapa guna bas? (6) agaknya diorang suka tak kalau hari-hari kena ulang-alik dengan bas? (7) tahap stress bagi diorang yang selalu menggunakan bas? (8) untuk lelaki: apa reaksi dalam hati dia bila dia tengok pompuan seksi masuk dalam bas and then buat muka slamber? (9) agaknya banyak masalah sosial terjadi daripada perkara-perkara yang macam ni ek?

Ya Allah, baaaanyak sangat yang saya fikir sampai tak tidur langsung! Itu baru melihat kepelbagaian makhluk Allah, belum lagi saya tengok persekitaran tempat situ. Rasa nak interview sorang-sorang orang dalam bas tu. Serius! Tak tipuu! Saya tengok ada lelaki India mungkin, bawak beg pejabat dengan berpakaian jubah putih dan berkopiah, dua orang. Diorang meniaga ke, apa dalam beg tu..hmm, penyibOk eh?

Kalau kita ke tempat-tempat awam macam dalam bas ke, train ke, kat stesen minyak ke...benda yang kecik pun kita terfikir kadang-kadang. Saya akui memang diri sendiri masih lagi tidak menutup aurat dengan sempurna. But then, tempat awam contoh dalam bas, pastu bas tu seat yang mengadap tu (ala, pesen baru tu laaa) ada pulak wanita yang seksi sehingga menampakkan punggung, orang akan ambil port benda-benda macam tu. Memang kadang-kadang biasa je nampak wanita yang macam tu. Itulah yang saya maksudkan tempat awam yang sebegini, lain pandangan orang....

Masa saya di stesen bas pulak. 


Turun-turun je, dah dengar sorang pompuan ni menjerit. Mencari-cari di manakah datangnya suara nyaring tu. Hmm..remaja pompuan. Tapi pandangan matanya ke arah lain. Rupa-rupanya di memanggil-manggil kawan lelaki dia ni yang duduk sebatu jauhnya (exaggerate je). Sebelum boy tu datang, dia dah tergelak-gelak, terbahak-bahak, sume ada. Saya tengok je dari jauh. Ok, fine. Mungkin terjumpa kawan lama. Saya pun buat hal sendiri larh..lantak kau larh! Dah lama-lama, tergerak pula mata ni nak menengok semula. Kebetulan masa tu diorang nak blah. Saya tengok diorang salam tangan..anda tau, saya pelik sebab nampak hubungan diorang ni cam kamcing giler-giler.susah nak cakap. Masalahnya, pompuan ngan boy. Yang girl tu pulak sosial jugak la..dengan pakaiannya..tapi,,,pakai tudung. (maaf kalau agak sensitif). Saya terfikir la lagi..kalau orang macam saya yang dah biasa tengok hubungan diorang macam tu pun dah terfikir macam ni apatah lagi guru-guru diorang kat sekolah tu? Dilabel jahatkah?

Anda para kaunselor termasuk saya, bukakan pemikiran, hati dan minda untuk menilai semua ini. Kalau kita dah label diorang macam-macam, orang lain camna pulak?

No comments:

Post a Comment